3 KEMESTIAN PATI MINYAK ZAITUN
1. Extra Virgin
Extra virgin ialah pati minyak zaitun yang mempunyai kualiti yang terbaik. Pati minyak zaitun hanya dianggap extra virgin jika proses mengeluarkan pati minyak zaitun dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan. Proses alami ini dipanggil “Mechanically Cold Pressed”
2. Tidak Ditapis
Pati minyak zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% “Poliphenols” berbanding minyak zaitun yang ditapis. Poliphenols adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pokok zaitun.
Apabila manusia meminum poliphenols, ia akan melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria. Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens,chlorophylls dan anthocyanin.
3. Tidak Bercampur
Pati minyak zaitun TIDAK bercampur dengan minyak sayuran lain.
No comments:
Post a Comment